kahwin oh kahwin….

Ok. Aku dah lama tak update blog. Lama sangat. Ntah. Bukan tak ada masa cuma malas nak menulis. Banyak yang berlaku yang nak dikongsikan tapi tahap kemalasan jari jemari nak menaip mengatasi segala-galanye. So, makan tahun la kan. Time perasaan nak meng’update’ tiba-tiba datang so akan adala post baru..kalau tak, memang tak ada la kan.

Kali ni cume nak cita pasal wedding..yeah! tapi bukan wedding akula. Sorang lagi besties bakal menamatkan zaman bujang. Solemnization will be on 24 November 2012 and reception pihak perempuan 25 November 2012. Antara 7 besties, member ni yang ke empat terawalla menamatkan zaman kegilaan.

‘’TO ONA AND WANDY’

::SELAMAT BERBAHAGIA SAMPAI SYURGA::

So ade baki lagi tiga orang. Shida shedot, aishah dan aku. KAMI MASIH SINGLE, BEB!! Hahaha…no! no! no! two already taken. Tunggu masa je. So secara rasminya tahun 2011 dan 2012 adalah antara tahun kawan-kawan sebaya sebayi aku kawen. Yela. Umur 26 dah kan. Honestly , tak sabar nak tunggu majlis besties ni. Nak jumpa kawan-kawan,rakan-rakan,sahabat,taulan.sume la. Tapi tolonglah jangan pertikaikan kegemokan aku ni. Aku PASTI kecik ati.huhu…taklah. gurau je.

Bila dah masuk alam dewasa ni (dewasa la sangat), perasaan bercampur baur. Nak kata happy sangat, mestila taaaakkk!!! Nak kata tak happy pun tak jugak. Ada jugak yang indah-indah yang buat kita gelak guling-guling. Tapi kehidupan dewasa aku berkitar dengan family jela. Maklumla duk dengan family kan. Kawan pun setakat kawan tempat keje. Huh!nampak tak betapa tak berkembangnye hidup aku ni. Takpela. Fikir positif. Allah nak bagi kita masa dan peluang untuk merasai nikmat bahagia tinggal dengan mak abah. Kalau dah kawen mungkin aku duk jauh. Mungkin time tu aku nangis rindu diorang pun belum tentu dapat balik jumpa diorang. Bersyukurlah. Alhamdulillah.

Berbalik pasal cite Wedding, ohhhh…

Majlis aku masih belum dipastikan bila. Bertimpa-timpa ahli keluarga En.Tunang menerima ujian ALLAH. Seorang demi seorang kembali kepada Allah. Sesungguhnya ajal,maut, jodoh pertemuan di tangan ALLAh. Tak siapa mampu menghalang. Aku redha. Demi menghormati pemergian akak dan abang En.Tunang, kami bersetuju menangguhkan majlis. Biarlah dia uruskan anak-anak peninggalan abang dan akak. 12 orang tu. Ramai kan. Semoga ALLAH mudahkan urusan En.Tunang. Pasti ada hikmah atas apa yang ALLAH takdirkan.

At the same time, Alhamdulillah ALLAH bagi aku peluang tambah simpanan. Dalam hati aku selalu berharap jangan orang tanya banyak-banyak bila majlis aku. Sebab aku tak tau. Tapi sume nak tanya padahal dah tau. Eee…!! Hahahha…jangan geram-geram..ikhlas..ikhlas terima apa yang ALLAH takdirkan. Mungkin ALLAH tau aku belum cukup bersedia, belum cukup ikhlas dalam perkara yang aku lakukan, belum cukup sabar, belum cukup memaafkan, belum cukup bersyukur. Ya ALLAH, cukupkan segala kekuranganku..

Emm..cukupla aku membebel kali ni.hihi. belum beli tiket BAS nak ke wedding ona, belum beli hadiah.ohhhh…banyaknye yang belum…

#resahhilangbilahatiikhlas#

Advertisements