2011 vs 2012

Salam tahun baru…

bile sebut pasal tahun baru, automatically aku akan pikir matlamat tahun baru..walaupun banyak yang aku aim untuk tahun 2011 tak kesampaian tapi aku tetap nak create matlamat baru..haha..so antara matlamat baru untuk tahun 2012:

1) kumpul duit untuk KAWEN!

aku akan bersifat sangat kedekut untuk benda-benda yang kurang perlu..planning budget untuk sebulan supaye peluang untuk pembaziran duit tak berlaku..wah..aplikasi ilmu kerja dalam kehidupan..department Planning and Control katenye..poyo..tak sampai setahun lagi kot majlis aku tu..semoga matlamat aku nak kumpul 10K termakbul dalam tahun 2012..10K???banyak kot?mampu ke??ntah..matlamat biar tinggi..kalau x dapat 10K dapat 15K pun ok pe..huhu..Ya Allah makbulkan permintaanku..

2) cari dan dapatkan keje yang lebih baik daripada keje di Instyle Furniture Industries Sdn Bhd

semoga aku dapat keje di Ipoh supaya aku after kawen aku xperlu benti keje dan seterusnya dapat hidup sebumbung dengan suamiku..haha..giler gatal kan..tapi aku memang tak nak ber PJJ bila dah kawen nanti..Ya Allah, makbulkan permintaan aku yang kedua ni juge..Amin..

3) menjaga solat dan soat pada awal waktu

matlamat ni aku renew setiap tahun..sebab aku selalu tinggal solat dan solat pada akhir waktu..selalu aku tinggal solat Isyak..Ampunkan aku, ya Allah..aku bukan hamba yang baik namun bantula aku untuk menjadi baik.

4) turunkan berat badan yang sangat susah nak turun ni.

bermula Oktober 2011 aku dah start berjinak-jinak untuk diet..siap tulis setiap hari ape yang aku makan..bulan pertama tu turun la 4 kg..means dat every week aku turun 1 kg..1 kg je??haha.. susah tu nak turun..opismate aku lagi dahsyat..turun 6kg kot..agak tercabar la..tapi aku takkan putus ase..cume yang aku risau bile En. Tunang balik msti aku makan tak hengat dunia..die selera aku ni ape lagi..macam orang mengantuk di sorong bantal la jawabnye..semoga matlamat aku yang ni pun tercapai jugak..Amin..

dan MATLAMAT AKU PALING UTAMA TAHUN 2012 ialah aku NAK KAWEEEEN!!! haha…xpayah cakap, aku memang gatal..InsyaAllah hujung tahun depan..tarikh belum ditetapkan lagi..so ni la beberapa matlamat BESAR yang aku ade kat kepala aku buat masa ni..strategi pencapaian matlamat aku x pikir lagi..nanti la aku pikir..

haha..part sebelum aku mengakhiri enrty ni ialah berkenaan pencapaian sepanjang tahun 2011…ape pencapaian 2011??malu nak cakap…hehe.. SAYA TELAH BERUBAH STATUS DARIPADA SINGLE KEPADA TUNANG ORANG..hahaha…tu je pencapaian yang ade buat 2011..hampeh je kan?? memang sedikit menyedihkan la sebab aku rase tahun 2011 aku berlalu begitu sahaja..tapi rezeki Allah ade di mana-mane..sejauh mana kite redha dan bertawakal kepada ALLAH dengan usaha yang kite cube pasti ALLAh tunaikan janjinye pada kita..

nak selitkan gambar tunang siikit..mungkin orang kate dah basi..tapi tak mungkin basi dalam fikiran aku..

Image

bajet barang-barang tunang

Image

tanda ikatan pertunangan..cewah..

Image

cincin merisik

Image

kek dari pihak perempuan kepada lelaki

Image

saat paling mendebarkan..sampai herut merut mulut aku nak senyum

Image

"semoga jadi menantu yang baik"

Image

KAMI TELAH BERTUNANG!!!

 SELAMAT DATANG 2012..SEMOGA MEMBAWA SERIBU KEBAIKAN UNTUK AKU, KELUARGAKU, BAKAL SUAMI KU, SANAK SAUDARAKU DAN SAHABAT-SAHABATKU..amin..

Leave a comment